SeLAmAt HarI RayA AidIL FiTrI

NILAM



Apa itu NILAM?

Nilam atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat membaca dikalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.

Program ini merupakan satu program Kementerian Pelajaran Malaysia yang diwajibkan kepada semua pelajar mulai tahun 1999 hingga sekarang melalui Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998.

Program ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan merupakan program penilaian yang berterusan sepanjang tahun. 


Matlamat NILAM

Matlamat program NILAM adalah supaya terbina tabiat membaca dikalangan murid-murid.


Objektif NILAM

Dapat menyemai minat membaca dikalangan murid-murid.

Murid dapat mengisi masa terluang dengan membaca.

Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan motivasi bagi menyemai tabiat membaca.


Perlaksanaan NILAM

1. Tahap/Peringkat Pertama (Jauhari)
*Semua murid diwajibkan mengikuti aktiviti galakkan membaca yang dirancang
sepanjang tahun.

2. Tahap/Peringkat Kedua (Rakan Pembaca)                                                  
* Layak apabila telah membaca sekurang-kurangnya 100 buah buku.
* Mempunyai daya kepimpinan untuk menarik minat orang lain supaya membaca.


Jadual Pengiktirafan

TAHAP JAUHARI

Jumlah Bacaan          Pengiktirafan
90-179                       Gangsa
180-269                     Perak
270-359                     Emas
360 dan keatas          NILAM

TAHAP RAKAN PEMBACA

Markah                     Pengiktirafan
100-199                    Gangsa
200-299                    Perak
300-399                    Emas
400 dan keatas         NILAM





SENIKATA LAGU NILAM

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikan panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran diberi tidak terhingga
Jadi rakan pembaca juga capai jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi

NILAM, NILAM, anugerah NILAM
Menerangi jalan suram
NILAM, NILAM, anugarah NILAM
Idaman Pembaca Jaya
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca NILAM kita
Dunia indah sekali pasti berseri
Amalan membaca menjana minda bestari.

No comments:

Post a Comment